Banner

Sunday, July 5, 2009

mari jawab tag..

Assalamualaikum..

Hehehe..lama rasanya x update blog..Bukannya xnak update tp busy memanjang ja akhir2 ni..sibuk nak urus kemasukn ke degree..hoho..alhamdulillah, isnin ni akan bermula la kehidupan aku sbg plajar BACC d UiTM d hatiku...hohoho..
hmmm..skrg masa tuk jwb tag dr saudari marjan..hehe..nak tau ke zaman aku time kecik2 dlu? boleh2..hehe..tp kena review dlm2 ni..biasa la, dah berkarat memori zaman kecik2 dlu...hoho...
25 perkara time zaman kecik2 dlu..hehe..


  1. sma spt saudari marjan, sy juga anak sulung dr 7org..(ish3..byknya)hehe
  2. dah jd kakak kpd 6 org adik waktu umur 11thun..masa tu byk adik2 yg kecik2 kat bwh sy..pening d buatnya jd kakak time tu..hehe..alhmdulillah, skrg dah x pening dah..smuanya dah besar2..
  3. mak kata waktu sy bru bljr berjalan time zaman comel2 dlu, sy pijak dada adik sepupu yg bru lahir bbrp hari..ish3...nasib baik hidup lg..hehehe..
  4. suka bermain dgn budak2 llki sblh rumah..main kejar2, main guli, layang2 dll..apa yg dorg main, sy join sekaki..
  5. 1st time dapat parut time darjah 3..time tu bru blk skolah..adik minta tolong potongkn tebu..hmmm..lain pula yg terpotong..7 jahitan kat tgn..ish3..
  6. mak kata dulu sy takut dgn rambutan..(xtau knp..)..hehe..asal tgk rambutan jer, trus mnangis..
  7. suka nangis..hehe..*skrg pun sama jg..tp pndai cover2..haha
  8. slalu x ingat nak balik rumah klau dah bermain..pernah skali kena rotan gara2 blk maghrib..(rasanya bkn sekali, tp da berkali2..hehe)
  9. suka bersaing time kat klas ngaji..nak tinggi dr yg lain..hehe..tp x juga pernah dpt no.1 sbb ada budak llki yg terer sgt dlm klas..no.2 pun kira ok la..lalala..hehe
  10. suka berangan..mcm2 tpt nak pergi..hoho
  11. suka mengira..suka dgn math..slalu dpt A dlm darjah..(subjek math je, yg lain..hmmm)hehe
  12. pernah x blk rumah gara2 takut kena marah oleh mak..lari ke rmh cousin..then mak pujuk balik rmh..(ish3, adakah patut)..hehe
  13. pernah tendang llki sbb marah..(adik sepupu yg kena pijak dlu)hehehe
  14. slalu bg sparuh dr duit blnja skolah sy dgn adik yg bru masuk tadika..sggup berlapar kat skolah, x mkn pun xpa..yg penting adik happy..hehe..
  15. budak yg pendiam d klas..org tnya 10soalan, aku jwb 1 ja..tp skrg dah pndi menjwb dah..x d soal pun aku jwb..hehe...
  16. mudah simpati dgn org..dr dlu, smpai la skrg..
  17. bljr puasa time darjah dua..time rehat, sorg2 duduk kat balkoni skolah tgk kwn2 ke kantin..siannya...hehe
  18. x suka dgn subjek english, sbb guru garang sgt..hmmm..pernah kena marah dpn kelas gara2 x tau baca..(maluunyaa..)hehehe
  19. bljr pakai tudung time darjah 4..tu pun sbb takut dgn ustazah klas ngaji nmpk klau x pkai tudung..dan pengaruh dr besfren juga..hehe..
  20. suka makan aiskrim buatan makcik sblh rumah..
  21. suka tgk tv..esp kartun..kartun faveret dlu 'Dragon Ball'..hahaha
  22. takut dgn ribut, angin kencang..huhu
  23. pernah join bebudak llki pergi kcau kebun pakcik yg garang..skali pakcik tu kluar bw rotan, kmi pun cabut lari...bila pakcik tu msuk rumah blk, kmi dtg lg bt kcau..x serik2..skali kena padan muka..hahahaha..
  24. slalu byk idea dlm otak..mcm2 nak buat n main..
  25. pernah bt mak marah sangat2..smpi mak baling botol minyak angin kena kpla sy dan benjol..hehehe..(maaf bunda..hehe) nakalnya saya ..hmmm..
Hmmm..smpi tu je la yg dpt recall..hehe..xla mnarik sgt pun khdupn sy sbg seorg budak..hehe..biasa2 jer..(^__^)V

Wednesday, June 17, 2009

Iman semut vs. Iman manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".


Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".


Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"


Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".


Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".


Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.


Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".


Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".


Itulah Iman Semut!!


IMAN MANUSIA??


Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.


Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.


Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".


Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".


Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia
.blogger-emoticon.blogspot.com

Kata Saidina Ali..
"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, June 9, 2009

1st award...

Assalamualaikum semua...blogger-emoticon.blogspot.com

Posting kali ni nak ucap terima kasih sy pd blogger sahabatmusleem yg telah me'list'kan nama aku tuk award ni..tq ukhti,.blogger-emoticon.blogspot.com..smoga ikatan ukhwah dpt d eratkan lg...




Jadi skrg sy nak bg award ni kpd sahabat2 blogger yg best2..blogger-emoticon.blogspot.com
"FRIENDS AWARD" ini kpd:
  1. Akhi Dwi
  2. Ukhti ikin
  3. Ukhti Nurul muslimah
  4. Ukhti Nashiyah
  5. Ukhti Masyitah
  6. Ukhti Balqis
  7. Ukhti Hidayah Sharif
  8. Ukhti Nazirah
  9. Cahaya Nurani
  10. Ukhti Nurul Huda
  11. Ukhti Marjan
  12. Ukhti Pijah
  13. Ukhti Nur Azila
  14. Akhi Hadian
  15. Akhi Syekhul Islam
  16. Akhi wann
  17. Akhi Zulkamal
Dan juga award ini kpd sahabat Farizah yg rajin mengomen d blog ini...blogger-emoticon.blogspot.com*bila nak buat blog sendiri??hihi

Ukhwah fillah...blogger-emoticon.blogspot.com

Thursday, June 4, 2009

Aduhai 4 orang isteriku..

*****
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.


Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.


Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya.


Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.


Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”


Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” Jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.


Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?” Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati“. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.


Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”


Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.”


Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”


Sahabat, sesungguhnya empat orang isteri dalam hidup ini ialah;


ISTERI KEEMPAT - adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.


ISTERI KETIGA
- adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.


ISTERI KEDUA
- adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.


DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA
- adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.


*****

another conclusion is.....
renung2kan dan slamat beramal..blogger-emoticon.blogspot.com
hasil dr copypaste..heheblogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, June 2, 2009

Riwayat Bidadari Syurga



Siti Hajar

Ketika anak meraungkan tangisan, hati ibu tidak keruan
Berlarilah Hajar dari Safa ke Marwah

Mencari petunjuk bantuan Allah

Hentakan kaki menerbitkan air

Penghilang dahaga dan kering bibir

Hajar..hikayatmu merentasi kurun

Menjadi ingatan turun temurun

Maryam
Akan tumbuhkah benih tanpa air yang menyiram?
Akan mekarkah bunga tanpa cahaya suria?

Maryam..engkau menjadi pilihan Allah

Membuktikan kudratNya yang Maha Kuasa

Aminah Binti Wahab
Semulia-mulia rahim yang mengandungkan bayinya
Semulia-mulia wanita yang mengandungkan rahmat
Tidak akan terulang lagi di dalam hikayat
Kisah laksana Aminah Binti Wahab
Ibu pembawa berkat

Siti Khadijah binti Khuwailid
Ketika dia keseorangan, engkau menjadi teman
Ketika dia disisihkan,
engkau setia di sisinya

Ketika dia terbuang,
engkau tetap menyayanginya

Ketika dia kebuntuan,
engkau menjadi penunjuk jalan

Wahai Khadijah...
Cintamu menjadi lagenda
Saudah binti Zam'ah
Wahai Saudah
Kau utamakan yang lebih utama di hati Baginda
Walau dirimu berendam air mata
"Wahai Rasulullah, biarkanlah aku terus menjadi isterimu
kerana kedudukan itu lebih mulia dari seorang janda"


Siti Aisyah binti Abu Bakar
Khabar al-ifqi titik pemula
telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu ummahatul mukminin
Yang setanding al-mukatsirin

Hafsah binti Umar
Hafsah..Dalam kelemahan sebagai manusia
Masih ada ruang memohon ampunNya

Kau satukan helaian wahyu

Kalimah yg agung,

Menjadi lembar pedoman turun temurun

Zhainab binti Khuzaimah
Wahai ibu orang-orang miskin

Hatimu diciptakan Allah terlalu belas
Kasihmu tertumpah pada yang fakir
Simpatimu terlimpah pada yang daif

Ummi Salamah
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata..Penawar hati..Penenang fikiran
Di rumah dia isteri..Di jalanan dia kawan
Sewaktu kita buntu..Dia, penunjuk jalan..

Ramlah binti Abu Sufyan
Iman dan takwa ini begitu menusuk jiwanya
Hingga pujukan ayahnya gagal melenturkan hatinya

Ayahnya Musyrik..Suaminya Nasrani..

Wahai Ramlah, kesabaranmu diganjar Allah

Ayahmu menjadi muslim

Dan suamimu kini Rasulullah SAW

Zainab binti Muhammad SAW
Di kiri kekufuran di kanannya iman
Disisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan diantara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya
Bukan mudah menjadi puteri Rasulullah
Ketika suamimu masih jahiliah

Siti Fatimah Az-Zahra
Dia bagaikan wangian bunga dari syurga
Mekar di hati ayahanda, harum di hati umatnya
Siapa yang menginginkan pasangan semulia Ali
Jadilah bunga seindah Siti Fatimah Az-Zahra

Ratu Balqis
Mana lagi nak ditemu hikayat
Kisah Balqis dan Nabi Sulaiman

Disinarkan cahaya pada jahil sang ratu

Dan di dalam cahaya mereka bersatu

Zulaikha
Rayuan Zulaikha pada Yusuf
Beralih pada yang Maha Esa

Kerinduan pada dambaan hatinya

Bertukar pada yang Maha Qudus

Wahai Zulaikha, kau temui cinta Khaliqmu

Ketika mengejar cinta Yusuf

Yukabid binti Qahat
Hatinya gundah jiwanya resah
Anak yang lahir menjadi rahsia
Ketika Yukabid menghanyutkan anaknya
Hati rawannya tidak putus berdoa
Semoga selamat dan ditemu semula
Hanya Allah penentu segala

Masyitah
Siapakah yang dapat melupakan haruman Masyitah?
Wangian dari minyak yang panas mendidih
Menyambut pengorbanan Masyitah dan keluarganya
Sebelum disambut oleh wangian Syurga

Asiah binti Muzahim
Engkaulah permaisuri
Di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Istana bukan penjara
Nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata

Sumayyah
Dalam dirimu yang selembut sutera
kau miliki iman yang teguh
Bak lentera kau nyalakan obor agama
Tempuh jahiliah dengan berani
Semua makhluk menjadi saksi
Ketabahanmu dan keluarga
Semua malaikat menyambut ketibaan kalian
Di Syurga..

Halimah As-Sa'adiah
Senyum si yatim menyapa jiwa yang gundah
Kaki yang lesu kembali gagah

Biar tidak berganda upah

Asal diri terpilih menerima barakah

Engkaulah ibu susuan yang menatang hikmah

Barakah binti Tsa'labah
Wahai Barakah, wahai ummu Aiman
Si yatim ini kau asuh penuh kasih
Walau miskin tidak pernah engkau sisih
Tanpa sedar dirinya insan terpilih
Tak pernah sekali kau biarkan dia merintih

Nasibah binti Ka'ab
Tanpa gentar engkau berjuang
Penuh megah kau julang panji-panji Islam
Wahai Nasibah.. engkau adalah lambang
Kegagahan seorang wanita.

Khaulah binti al-Azwar al-Kindi
Siapakah yg menerbangkan debu pasir
Dengan deruan kuda yang ditunggangnya
Selendang yang menutupi wajahnya
Menjadi pelindung hiasan indah dunia
Halus jemarinya menghunus senjata
Lembut tingkahnya bertukar perkasa

Asma' binti Abu Bakar
Engkau digelar Dzatin-Nithaqain

Rela berkorban demi ayah tercinta

Biar ditampar, biar dihina

Rahsia tetap menjadi rahsia

Redha Allah sentaisa bersamamu

Wahai Asma' binti Abu Bakar..

Nai'lah binti Al-Farafishah
Yang bijak, yang anggun
Yang tegas, yang lembut
Dirimu pelengkap sifat wanita
Kesetiaanmu pada uthman tiada tandingan

Engkaulah hiasab sebaik permata

Zainab binti Ali bin Abu Talib
Engkau jadi saksi para syuhada
Yang gugur di medan Karbala
Engkau jadi saksi serakah manusia
Yang tamak mengejar gelar dan harta
Walau tanah berkuah darah, semangatmu tidak pernah parah
Kerana engkau adalah serikandi agama

Rabiah al-Adawiyah
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
DariMu Tuhan Pencipta alam
Rabiah al-Adawiyah,
Pengabdianmu jadi iktibar para sufi

Zubaidah binti Ja'fara
Setinggi-tinggi darjat wanita
adalah yang menenangkan jiwa penciptanya
Engkau Zubaidah
Bagai cahaya di dalam hidup Harun Ar-Rasyid
Pembuka jalan melerai kebuntuan
Penyingkap tabir menyerlahkan kedamaian

Ainul Mardhiah
Engkau, adalah bidadari hiasan syurga
Jadi pembakar semangat perwira
Sebagai ganjaran para syuhada

Tuesday, May 26, 2009

Bertunang? hmmm..


Bismillahirrahmanirrahim...
Tengah boring2 aku berkunjung sejenak ke forum halaqah. Time jenguk2 artikel kat sana, aku tertarik dengan satu artikel yg membincangkan tentang kes org bertunang..so aku pun terpikir nak share sikit kat sini..hehe

jom baca..pastu pikir2 kan...hmmm..


********


Situasi 1 :
Ketika ahmad dan zul tengah rancak bersembang...tiba-tiba datang Leha yang baru habis kuliahnya....terus menuju kepada Ahmad,salam dan cium tangan Ahmad....


Leha : Assalamualaikum abang...maaf lambat..tadi lecturer bagi extra kelas.
Ahmad : Waalaikumussalam...owh..xper2..abang pun baru je sampai..kebetulan jumpa Zul...
Zul : amboi sopannya...eh...ahmad...bini kau ke nih..owh..kawin tak bagitau member pun eh...
Ahmad : taklah...tunang aku...

Dengan slumber...Ahmad dan Leha yang membonceng motosikal terus berlalu meninggalkan Zul yang terpinga-pinga macam orang tak jumpa jalan balik...

Situasi 2 :
Selepas hampir 1 jam Rita "bergayut" di telefon....tiba-tiba datang Ina dari biliknya..

Ina : wahhhh..lamanya bergayut kat telefon...kalu ader dahan..dah lama patah tuh...ko bergayut ngan sape tuh...
Rita : Ala..dengan tunang aku lah..bukannya pakwe pun...salah ke...sebab tuh la kalau boleh...aku nak bagitau semua orang yang aku dah tunang supaya tak adalah timbul fitnah kalu aku bergayut lama-lama pun kat telefon...

Situasi 3 :
Nur : wahhhh...sedapnya bau..masak aper nih..eh...hari nih kan giliran aku masak...
Siti : eh..nih aku masak untuk tunang aku lah..jap lagi dia datang...aku nak kasi la dia rasa masakan aku nih..kesian dia asyik makan kat kedai je...

Situasi 4 :
beberapa muslimat sedang rancak berdiskusi...

Mila : Ana,mengharap sangat2 adik2 semua jagalah pergaulan antara muslimin muslimat...jangan selalu berjumpa sangat..kalau ada hal penting...boleh jumpa..tapi biarlah berteman...tak elok..nanti timbul fitnah...kita semua nih dalam persatuan islam...kita bawa nama Islam....tambah-tambah kita semua nih bertudung labuh...Orang semua pandang kita..orang tengok cara kita berkawan...Ana pun sakit mata nih tengok couple2 yang berselerak kat kolej kita nih...asyik berjalan berdua-duaan je...

Lina : betul tuh kak...ana tengok banyak sangat couple2 kat kolej nih...tuh lah tugas kita..nak sedarkan diorang....
Tiba-tiba handphone berbunyi lagu 'ketulusan hati'-aqso dan madina...jeng..jeng..jeng..
Mila : maafkan ana yer...ana ada hal..adik2 sambung la perbincangan kita tadi..ana nak jumpa seseorang sekejap...

Tak lama kemudian....kelihatan Mila meninggalkan sahabat2nya..terus berjumpa tunangnya...dan berjalan berdua-duaan seiringan di tengah2 kolej...ai cik Mila dan si tunang...orang lain perhatikan kamu berdua nih...kata pakai tudung labuh...tak elok la macam tuh cik Mila oi...

Situasi 5 :
Sedang asyik Salima dan Fasehah berjalan2 di tengah2 shopping complex...Tiba-tiba mereka terserempak dengan Qaira dan tunangnya...

Salima : amboi...berdua-duaan tuh....
Tunang Qaira : eh..kami beli barang kahwin...

Situasi 6 :
Suatu hari....karina, zainab dan lily berjalan-jalan di taman untuk menenangkn fikiran setelah seminggu exam...sewaktu hendak pulang ke rumah...

Lily : eh...tuh bukan ke Ramizah..apa hal tunang dia buat kat depan rumah dia tuh....
Zainab : ha'ah lah..apa hal tunang dia datang rumah dia tuh...ishk...tak elok la dia buat macam tuh...dia pakai tudung labuh....aktif usrah...tapi kenapa dia buat macam tuh...
Karina : kak lily...saya rasa lain la tengok macam tuh...saya tau saya nih tak lah pakai tudung labuh..ilmu agama pun tak tinggi mana...kalau macam Ramizah tuh lain lah..pakai tudung labuh..ilmu agama pun tinggi..gayat tuhhh....tapi at least saya tau pergaulan antara lelaki dan perempuan....adab-adab sewaktu bertunang...bukan ke tak elok macam tuh....

Situasi 7 :
Nurul : eh thirah...ada lagi tak jual top up??
Thirah : wahhh..ko nih nurul..tengah2 malam mcm nih nak top up...yer2..ko nak berapa...bukan ke baru 2 hari lepas ko top up RM10...
(untuk pengetahuan...konon2 nya si thirah tuh bisnes top up la)
Nurul : ala thirah..aku meseg2 nih hah..bukan orang lain pun..ngan tunang aku juga...

********
The conclusion is...
Bertunang atau khitbah adalah muqaddimah kepada nikah. Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat agama Islam. So what the reason for?? Bertunang memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta’arruf atau berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.

Bertunang juga adalah satu ikatan tp masih mempunyai batasan dalam perhubungan antara lelaki dan wanita. Dan bukannya lesen utk menghalalkan perhubungan itu.
Islam telah menetapkan disiplin dalam pertunangan seperti;
  • Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain
  • Haram ber'dating' tanpa disertai oleh mahram yg thiqah
  • Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. (sms, phone, chat)
  • Awas fitnah dalam diri, pasangan dan masyarakat sekeliling.
  • Haram melihat aurat masing2.
  • Elakkan daripada bertukar gambar
  • Elakkan daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul
Pokok pangkalnya, batasan dalam pertunangan adalah sama dengan batasan tanpa sebarang ikatan. Sebuah pasangan itu perlu menjaga batasan2 yg di tuntut agama sebelum pernikahan bg mengelakkan fitnah.
Dalam masyarakat sekarang byk pasangan yg memandang remeh hal2 begini. Mereka menjadikan ikatan pertunangan sebagai satu jambatan bg mereka utk merapatkan hubungan(dalam konteks yg bertentangan dgn syariat islam).

Nak share sikit sewaktu sy mengikuti ceramah yg bertajuk "ketika cinta bertasbih" d UMS beberapa bulan lepas. Seorang penceramah yang sy minati Ustazah Siti Nurbahyah menjadi salah satu penceramah ada menyebut tentang trend zaman orang muda2 skrg bercinta. Tentang gelaran terhadap pasangan masing2 sewaktu bercinta..kata ustazah,"...saya dlu waktu mula2 kawin, maaluunya nak panggil suami 'abang'. 2 minggu sy panggil suami guna nama je......" "Orang muda yg bercinta sekarang; abang la, sayang la, honey la, hubby la, mama la, papa la,................"( x ingat sgt la..hehe)
Betul! Inilah hakikat sebenar org bercinta sekarang.(mengikut pengalaman aku time terdengar couple2 ni 'bergayut'..)
Siap dengan ketawa2 yg....alahai, manjanya..hmmm, hal ini pun dah boleh menimbulkan syahwat. Astagfirullahalazim..

Berbalik dalam soal pertunangan, Islam tidak menggalakkan tempoh pertunangan yang terlalu lama ..memadailah dalam tempoh 3 bulan sebelum bernikah(bg pendapat aku).
Nabi SAW menyatakan: "Tidak terlihat (penyelesaian) bagi dua orang yg cinta mencintai kecuali nikah"

Sama2 lah kita menjaga kemurnian dan kesucian agama Allah.
Wallahualam..

Monday, May 25, 2009

kematian


Segala pujian bagi Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, yang telah memberikan aku kehidupan pada hari ini di saat membuka mata subuh tadi..alhamdulillah.. Setiap org muslim sememangnya d galakkan utk mengingati maut. Seperti sabda Rasulullah;
"Banyak2 lah mengingati mati. Sesungguhnya ia dapat menghapuskan dosa dan zuhud di dunia"


Kemarin, aku mendengar ibu bercakap dgn seseorang d telefon. Panggilan dr seseorg d kampung halamannya dan mengkhabarkan berita buruk. Rupanya salah seorg saudaranya telah kembali ke rahmatullah. Yg mengejutkan lagi pabila d beritahu saudaranya meninggal kerana d bunuh dan mayatnya d temui setelah seminggu hilang. Dan dikhabarkan lagi yg kematiannya disebabkan oleh peragut.hmmm...Innalillahi wainna lillahi raji'un..


Febuari lepas, seorang yg ku kenal juga telah awal pergi ke rahmatullah..seorang sahabat yg sentiasa di ingatan kami sekelas dan se kos..Meninggal kerana berlakunya accident..
Masih segar di ingatan aku wajah arwah yg masih berdarah sewaktu melihatnya di jabatan forensik hospital. Pertama kali aku melihat jenazah di depan mataku sendiri..bergetar satu badan dan suara juga tdk mampu keluar utk melafazkan al-fatihah di depan arwah..sebak, sedih dan tangisan air mata. Aku yakin hal yg sama di alami oleh sahabat2 yg lain.. Kematian seorang sahabat ini telah membuatkan aku banyak mengingati mati. Kita tdk tahu bila, dmana dan saatnya Izrail berkunjung. Kematian juga tdk mengenal siapa. Allah telah menetapkan ajal2 hambanya sejak d luhmahfuz. Wallahualam..Baru kemarin melihat senyumannya, dan esoknya melihat jenazahnya.


"ku merintih
Aku menangis

Ku meratap

Aku mengharap
Ku meminta
Dihidupkan semula

Agar dapat kembali
Ke dunia nyata..

Perjalanan Rohku

melengkapi sebuah kembara

Singgah d rahim bonda

sebelum menjejak ke dunia


Menanti di barzakh

sebelum berangkat ke Mahsyar

Diperhitung amalan

penentu syurga atau sebaliknya


Tanah yang basah berwarna merah

semerah mawar dan juga rindu
Tujuh langkah pun baru berlalu

Seusai talqin bernada syahdu


Tenang dan damai di pusaraku

Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapa pun tahu resah
penantianku

Terbangkitnya aku

Dari sebuah kematian

Seakan ku dengari
tangis mereka yang ku tinggalkan


Kehidupan d sini

Bukan suatu khayalan

tetapi ia sebenar kejadian


Kembali oh kembali

kembalilah kedalam diri

sendirian sendiri

sendiri bertemankan sepi

Hanya kain putih yg membaluti tubuhku

Terkujur dan kaku

Jasad d dalam keranda kayu


Ajal yg datang di muka pintu
tiada siapa yg memberitahu t
iada siapa pun dapat hindari

tiada siapa yg terkecuali


Lemah jemari nafas terhenti

tidak tergambar sakitnya mati

cukup sekali
tak sanggup untukku mengulangi

Jantung berdegup kencang

menantikan malaikat datang

menggigil ketakutan

gelap pekat di pandangan


Selama ini diceritakan
kini aku merasakan

di alam Barzakh
Jasad dikebumikan..
"
(menanti di Barzakh; Far east)

Wednesday, May 20, 2009

Jahanam dan seksaannya..


Allah SWT mngatakan bhwa jahanam itu ada 7 pintu. Setiap pintu ada bahagian yg terbahagi. Yang dmaksudkan bahagian itu adalah kelompok. Dan dikatakan, bahawa yg dimaksudkan dgn ointu2 adalah tingkatan2. Ialah satu tingkatan di atas tingkatan yg lain.


Ibnu Juraj berkata,"Neraka itu ada 7 tingkatan. iaitu Jahanam, Laza, Huthamah, Sa'ir, Saqar, Jahim dan Hawiyah. Yg plg tinggi utk para penentang agama. yg ke-2 utk org yahudi. Ke-3 utk org2 Nasara. Yg ke-4 utk org yg suka menukar agama. Yg ke-5 utk org2 majusi. Yg ke-6 utk org2 musyrik. Maka Jahanam Neraka yg teratas.

Juga dikatakan, bhwa ertinya,"Sesungguhnya Allah SWT membahagi pengikut iblis menjadi 7 bahagian. Setiap bahagian masuk Neraka sesuai dgn tingkatannya. Oleh kerana tingkat kekufuran dan kemaksiatan mereka berbeza, maka berbeza pula tingkatan mereka d dlm neraka. Dan dikatakan, "Neraka itu dijadikan 7 tingkatan sesuai dgn 7 anggota badan manusia; mata, telinga, lidah, perut, faraj, tangan dan kaki. semua itu adalah sumber keburukan. Maka semuanya melalui pintu neraka.

At-Thabrani merawikan bhwa Jibril as dtg kpd Rasulullah SAW dlm keadaan luarbiasa. Maka Rasulullah menghampirinya dan bertanya,"Wahai Jibril, mengapa kulihat engkau berubah rupa?" Jibril menjawab,"Aku dtg padamu ini setelah Allah memerintahku melihat hembusan api Neraka." Rasulullah berkata,"Jibril,berikan gambaran padaku ttg Neraka!" Jibril berkata,"Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan Jahanam menyalakan apinya seribu tahun sehingga putih. Kemudian memerintahkan menyalaknnya lagi seribu tahun sehingga merah. Bahkan kemudian memerintahkan lagi seribu tahun sehingga menjadi hitam. Itulah hitam yg pekat. Tdk terang lg nyalanya dan juga tdk blh dipadam apinya. Demi Zat mengutuskanmu dgn hak sbg nabi, kalau saja Jahanam itu dibuka sekecil lubang botol, matilah semua penghuni bumi. Demi Zat yg mengutuskanmu sbg nabi dgn hak, kalau penjaga Jahanam itu turun ke dunia, matilah semua penghuninya disebabkan buruk rupanya dan busuk baunya. Demi Zat yg mengutuskanmu dgn hak, kalau sepotong rantai ahli Neraka spt yg disifati Allah dlm kitab-Nya itu diletakkan di atas gunung dunia, hancurlah dia dan tdk akan berhenti meleleh sehingga sampai ke bumi yg terendah."
Lalu Rasulullah berkata,"cukuplah Jibril, jangan buatku risau. Aku blh mati." Kemudian Rasulullah memandang Jibril as. Ia sedang menangis. Rasulullah bertanya," Wahai Jibril, mengapa engkau menangis? Bukankah engkau ada tempat yg telah dijanjikan Allah untukmu?" Jibril as berkata," Bagaimana aku tdk menangis? Barangkali aku dlm ilmu Allah boleh berubah dr keadaan ini. Aku tdk tahu mungkin aku juga ditimpa seperti apa yg menimpa Iblis. Sungguh Iblis pun asal dari Malaikat! Aku tdk tahu mungkin aku diuji spt ujian Harut dan Marut."
Rasulullah lalu menangis seiring dgn tangisan Jibril as. Keduanya menangis sampai dikatakan,"Wahai Jibril dan wahai Muhammad, Allah telah menjamin kmu tdk akan menderhakai-Nya."
Jibril as lalu naik dan Rasulullah SAW pun keluar. Kemudian Rasulullah SAW berjumpa kaum Ansar. Mereka bermain-main dan tertawa riang. Rasulullah SAW berkata,"mengapa engkau tertawa sedang Jahanam mengikuti di belakangmu? Kalau saja engkau tahu apa yg aku tahu, tentu engkau akan sedikit tertawa dan byk menangis dan tentu sajaa engkau tdk sibuk dgn makan minum. Bahkan engkau akan pergi ke masjid memohon kpd Allah SWT."
Kemuliaan dipanggil,"Ya Muhammad, jgn jadikan hambaKu putus asa. Kau hanya diutus sbg pemberi khabar gembira. Dan bukan Ku-utus utk menyusahkan."
Rasulullah berkata,"Betulkan dan marilah!"

Imam Ahmad merawikan, "sesungguhnya Nabi SAW berkata kpd Jibril as,"Tidak pernah kulihat sama sekali Mikail tertawa." Jibril menyahut,"Mikail tdk pernah tertawa sejak Neraka diciptakan."
Juga Imam Muslim merawikan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
" Pada hari kiamat, Jahanam didatangkan. Ia punya 70ribu penjaga. Setiap penjaga disertai 70ribu Malaikat yg menghelanya."

sumber: dari buku yg aku baca..(^__^)

wallahualam....

Saturday, May 16, 2009

calon solehah

...Assalamualaikum...
hari ni, aku letak crita yg menarik tuk d kongsi bersama..(^__^)
smoga kita mdpt hikmah d sblk story ni..InsyaAllah..

~Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang.

Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu.

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.

“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,”
“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ke?” eh, tiba-tiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar.
“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh. “Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..”
“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada lah jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat! Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.

“calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.
“Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.
“sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika.
“sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu.
Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah.
“nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh. Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.
“tapi, ada jaminan ke kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan.
“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.”
Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum. “ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,”
“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga?
“bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”
Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.
“hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya.

Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah..Syukur Ya Allah..~

original artikel oleh Nurul Islam

Saturday, May 9, 2009

keistimewaan wanita..

assalamualaikum...(^__^)

Kemarin, lps ja sesi angkut2 barang yg memenatkan, kazen aku yg tercinta bg aku baca buku yg bru dia bli..tajuknya Riwayat Bidadari Syurga oleh Munif Ahmad.. adik aku yg sot2 tu pun syorkn aku baca(hehe)..buku ni menceritakan ttg riwayat kehebatan, liku2 kehidupan dan pengorbanan serikandi2 islam yg sggp berkorban dan m'pertahankan keimanan terhadap Allah SWT sehingga sggup m'pertaruhkn nyawa sendiri..antara riwayat yg d muatkn dlm buku yg b'page 244 ni adalah spt kisah ibu kandung, ibu susuan, para isteri2, dan puteri2 Rasulullah..ada juga ttg hikayat Hajar, Maryam, Zulaikha, Sumayyah, Balqis, Rabiah Al-Adawiyah, Asiah, Ainul Mardhiah dan byk lg..Dan mereka ini lah para bidadari syurga..Terpegun, terpesona dan timbulnya rasa kagum, tym aku bca hikayat2 para bidadari syurga ini..pastu, dlm buku ni juga ada d muatkan ttg 50 keistimewaan wanita d sisi islam..tp aku kongsi sparuh ja la r, sbb byk sgt..meh kita teliti sma2..hehe
  1. Doa wanita lebih makbul drpd lelaki krna wanita lbh penyayang dr lelaki.
  2. Wanita solehah lebih baik drpd 1000 org llki yg tdk soleh.
  3. Seorg wanita solehah lebih baik drpd 70 org wali.
  4. Seorg wanita solehah lebih baik drpd 70 org llki soleh.
  5. Sesiapa yg m'gembirakn anak p'puannya, maka darjatnya umpama seorg yg sentiasa mnangis krna takutkn Allah SWT dan org yg takutkn Allah SWT akn d haramkn api neraka keatsnya.
  6. Hendaklah m'dahulukn anak p'puan dr anak llkinya. Maka sesiapa yg m'yukakn ank p'puannya seolah2 dia m'merdekakn ank Nabi Ismail a.s.
  7. Sabda Rasulullah SAW; " wanita yg tinggal bersama anak2nya, akn tinggal bersama aku d dlm syuga"
  8. Haid seorg wanita m'jd penebus dosanya yg lalu. Jika pada hari pertama haidnya dia m'bca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah", maka Allah m'bebasknnya dr neraka dan dgn mudah mlalui siratul mustaqim dgn aman. Bahkn Allah akn m'angkat darjatnya sma spt 40 org syuhada apabila dia slalu berzikir kpd Allah smasa haidnya.
  9. syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  10. Apabila dua org ibubapamu memanggilmu, maka jawablah pggilan ibumu dahulu.
  11. Aisyah r.a. berkata; aku bertnya kpd Rasulullah SAW "siapakah yg lbh besar haknya thdp seorg wanita?" jwb baginda; "Suaminnya"."siapa pula yg berhak trhadap seorg llki?" jwb Rasulullah; "ibunya".
  12. sesorg wanita yg m'taati suaminya serta m'jaga solat dan puasanya, smua ikan di laut, burung d udara, malaikat d langit, matahari dan bulan akn b'istighfar utknya dan meredhainya.
  13. seorg wanita yg taat b'khidmat kpd suaminya akn tertutp pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga. masuklah dia dr mana2 pintu yg dia kehendaki tanpa hisab.
  14. Apabila seorg wanita hamil, maka b'istighfarlah para malaikat utknya. Allah SWT akn m'catatnya bginya setiap hari dgn 1000 kebaikn dan m'hapuskn darinya 1000 kejhatan.
  15. 2 rakaat solat seorg wanita hamil adalah lbh baik drpd 80 rakaat solat wanita yg tdk hamil.
  16. Wanita yg hamil akn m'dpt pahala ibadat di malam hari.
  17. apabila seorg wanita melahirkn anak, kluarlah dia drpd dosa2 spt keadaan ibunya mlahirknnya.
  18. sekiranya seorg wanita meninggal dunia d dlm tempoh 40 hari slps bersalin, dia d kira sbg mati syahid.
  19. seorg wanita yg m'habiskn mlmnya dgn tidur yg tdk selesa kerana m'jaga anaknya yg sakit akn m'dapat pahala spt m'bebaskan 20 org hamba dan dosa2nya akn diampunkn Allah.
  20. seorg wanita yg myapu lantai dgn berzikir kpd Allah akan mdpt pahala spt myapu lantai Baitullah.
  21. Sabda Rasulullah; "..utk setiap wanita yg mgeluarkan peluh ketika m'buat roti, Allah akan m'binakan 7 parit d antara dirinya dgn api neraka. jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.
  22. Seorg wanita yg memicit suaminya tnpa d suruh akan mdpt pahala 7 tola emas dan seorg wanita yg memicit suaminya apabila d suruh akn mdpt pahala tola perak.
  23. seorg wanita yg m'hiburkan hati anaknya, maka Allah akn memberikan 12 thn pahala ibadat kpdnya.
  24. seorg wanita yg melayan suaminya yg pulang kerumah di dlm keadaan letih dgn baik akn m'dpt pahala jihad.
  25. apabila seorg wanita m'cuci pakaian suaminya, maka Allah akn m'catatkn 1000 kebaikan dan mengampunkn 2000 kesalahannya. Bahkn segala sesuatu yg disinari matahari akan meminta keampunan baginya dan Allah akn m'angkat 1000 darjat utknya.
Subhanallah..begitu besar kasih syg Allah kpd makhluk ciptaanNya yg bergelar wanita...betapa bertuah rasanya m'jadi seorg wanita.. Hmm..ni baru intro dlm buku yg aku bca ni..isinya lg la memukau..setiap satunya menceritakn ttg keistimewaan dan kisah para bidadari syurga yg d sebutkn td..nak juga aku poskn crita2 mreka, tp len kali ja la..hehe.. hmm..terdetik dlm hati aku, siapalah aku..mampukah kmi wanita akhir zaman m'jd spt para bidadari syurga itu? layakkah kmi wanita akhir zaman berdiri d sisi para bidadari itu? Sejarah kami tdk setanding riwayat para bidadari itu. pengorbanan kami tak setanding perjuangan mereka. Dan kehambaan kmi tdk sehebat pengabdian mereka..

Aduhai para bidadari syurga, Dalam kelembutan hati, ada tegas yg x bisa di gugah. Dalam kehalusan jemari, t'genggam utuh janji abdi pd yg Esa. Dalam malu, suara tegar mereka mampu m'gegar dunia. Siapakah yg dpt menandingi kehebatan mereka, para hamba yg akhirnya m'jadi bidadari syurga? Tanpa di minta, riwayat mereka melintasi ruang zaman dgn megah. M'yampaikan teladan, harum mawar bukan sekadar utk di cium, indah kelopaknya bkn sekadar utk di kagumi ttpi durinya mampu mencarik hati yg musyrik, memberikn iktibar tanpa rasa getar..

Wahai bidadari syurga..

kau tambat hati pada yg Esa.

Wallahualam...



Friday, May 1, 2009

yang perlu d renungkan...



assalamualaikum...

kemarin, tym surf2 site iluvislam, aku terbaca 1 artikel "wahai wanita" yg di pos oleh member iluvislam kat situ..makan dalam juga la aku seketika tym bca artikel 2..eheemm..terasa..sangat terasa..heee..buat aku tersentak sekejap juga lar.. rasanya bila org bca artikel 2 especially muslimah, kompom akan terasa juga..bg yg berada dlm kategori2 tersebut..
malasla nak crita lebih2..korang bca la sendiri..maaf kpd tuan punya artikel, minta izin copynpaste kat cni yerr...tuk tatapan sahabat2 ku dan org lain..heee..


WAHAI WANITA

Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.


Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.


Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.


Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,


Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.


Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini..

(By akh husain)

...^sPaCe aRouNd My SiGhT^... Designed by Ipietoon © 2008

Back to TOP