Banner

Monday, January 25, 2010

Hidup...

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.


Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.
Nafas Turun.


Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.


HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah
.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.


Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT.
Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya.lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :

  • Dia mungkin didenda ...
  • atau, suratnya masuk tong sampah.


"Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ... Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingatiNya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai."

Sunday, July 5, 2009

mari jawab tag..

Assalamualaikum..

Hehehe..lama rasanya x update blog..Bukannya xnak update tp busy memanjang ja akhir2 ni..sibuk nak urus kemasukn ke degree..hoho..alhamdulillah, isnin ni akan bermula la kehidupan aku sbg plajar BACC d UiTM d hatiku...hohoho..
hmmm..skrg masa tuk jwb tag dr saudari marjan..hehe..nak tau ke zaman aku time kecik2 dlu? boleh2..hehe..tp kena review dlm2 ni..biasa la, dah berkarat memori zaman kecik2 dlu...hoho...
25 perkara time zaman kecik2 dlu..hehe..


  1. sma spt saudari marjan, sy juga anak sulung dr 7org..(ish3..byknya)hehe
  2. dah jd kakak kpd 6 org adik waktu umur 11thun..masa tu byk adik2 yg kecik2 kat bwh sy..pening d buatnya jd kakak time tu..hehe..alhmdulillah, skrg dah x pening dah..smuanya dah besar2..
  3. mak kata waktu sy bru bljr berjalan time zaman comel2 dlu, sy pijak dada adik sepupu yg bru lahir bbrp hari..ish3...nasib baik hidup lg..hehehe..
  4. suka bermain dgn budak2 llki sblh rumah..main kejar2, main guli, layang2 dll..apa yg dorg main, sy join sekaki..
  5. 1st time dapat parut time darjah 3..time tu bru blk skolah..adik minta tolong potongkn tebu..hmmm..lain pula yg terpotong..7 jahitan kat tgn..ish3..
  6. mak kata dulu sy takut dgn rambutan..(xtau knp..)..hehe..asal tgk rambutan jer, trus mnangis..
  7. suka nangis..hehe..*skrg pun sama jg..tp pndai cover2..haha
  8. slalu x ingat nak balik rumah klau dah bermain..pernah skali kena rotan gara2 blk maghrib..(rasanya bkn sekali, tp da berkali2..hehe)
  9. suka bersaing time kat klas ngaji..nak tinggi dr yg lain..hehe..tp x juga pernah dpt no.1 sbb ada budak llki yg terer sgt dlm klas..no.2 pun kira ok la..lalala..hehe
  10. suka berangan..mcm2 tpt nak pergi..hoho
  11. suka mengira..suka dgn math..slalu dpt A dlm darjah..(subjek math je, yg lain..hmmm)hehe
  12. pernah x blk rumah gara2 takut kena marah oleh mak..lari ke rmh cousin..then mak pujuk balik rmh..(ish3, adakah patut)..hehe
  13. pernah tendang llki sbb marah..(adik sepupu yg kena pijak dlu)hehehe
  14. slalu bg sparuh dr duit blnja skolah sy dgn adik yg bru masuk tadika..sggup berlapar kat skolah, x mkn pun xpa..yg penting adik happy..hehe..
  15. budak yg pendiam d klas..org tnya 10soalan, aku jwb 1 ja..tp skrg dah pndi menjwb dah..x d soal pun aku jwb..hehe...
  16. mudah simpati dgn org..dr dlu, smpai la skrg..
  17. bljr puasa time darjah dua..time rehat, sorg2 duduk kat balkoni skolah tgk kwn2 ke kantin..siannya...hehe
  18. x suka dgn subjek english, sbb guru garang sgt..hmmm..pernah kena marah dpn kelas gara2 x tau baca..(maluunyaa..)hehehe
  19. bljr pakai tudung time darjah 4..tu pun sbb takut dgn ustazah klas ngaji nmpk klau x pkai tudung..dan pengaruh dr besfren juga..hehe..
  20. suka makan aiskrim buatan makcik sblh rumah..
  21. suka tgk tv..esp kartun..kartun faveret dlu 'Dragon Ball'..hahaha
  22. takut dgn ribut, angin kencang..huhu
  23. pernah join bebudak llki pergi kcau kebun pakcik yg garang..skali pakcik tu kluar bw rotan, kmi pun cabut lari...bila pakcik tu msuk rumah blk, kmi dtg lg bt kcau..x serik2..skali kena padan muka..hahahaha..
  24. slalu byk idea dlm otak..mcm2 nak buat n main..
  25. pernah bt mak marah sangat2..smpi mak baling botol minyak angin kena kpla sy dan benjol..hehehe..(maaf bunda..hehe) nakalnya saya ..hmmm..
Hmmm..smpi tu je la yg dpt recall..hehe..xla mnarik sgt pun khdupn sy sbg seorg budak..hehe..biasa2 jer..(^__^)V

Wednesday, June 17, 2009

Iman semut vs. Iman manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".


Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".


Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"


Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".


Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".


Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.


Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".


Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".


Itulah Iman Semut!!


IMAN MANUSIA??


Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.


Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.


Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".


Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".


Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia
.blogger-emoticon.blogspot.com

Kata Saidina Ali..
"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

blogger-emoticon.blogspot.com

...^sPaCe aRouNd My SiGhT^... Designed by Ipietoon © 2008

Back to TOP